Yūji Itadori, seorang pemuda ditimpa kejadian hebat apabila suatu bahan peninggalan berupa sebatang jari reput dicuri rakan-rakan sekelabnya lalu menarik perhatian makhluk halus ganas menyerang mereka. Megumi Fushiguro, seorang pemantera (呪術師, jujutsushi) cuba menyelamatkan mereka bertiga, namun dilemahkan. Yūji dalam keadaan terdesak mahu menyelamatkan Megumi (dan rakan-rakan sekelabnya) serta ada rasa ingin tahu memakan jari ini lalu membangkitkan suatu roh jahat iaitu Ryomen Sukuna yang berjaya menghapuskan makhluk ini. Megumi dan gurunya, Satoru Gojō, yang maklum keadaan ini mengundang Yuji belajar sekolah mereka di Tokyo untuk mempelajari jurusan mereka sambil mereka mencari kesemua 20 jari berpuaka membolehkan mereka menumpaskan roh yang merasuknya.